Malaysia(MY-MS)

From waze
Jump to: navigation, search

Panduan Penuh Untuk Pengguna Waze di Malaysia (Sedang Dikemaskini)

Tentang Waze

Waze adalah aplikasi navigasi percuma untuk telefon bimbit pintar yang dilengkapi dengan GPS. Waze mempunyai ciri-ciri istimewa berikut:

  • Penunjuk arah (dengan arahan suara) dari selekoh ke selekoh
  • Laporan status trafik secara langsung
  • Peta terkini yang diperbaiki secara automatik dari masa ke semasa secara percuma di mana anda juga boleh turut membantu untuk memperbaikinya
  • Carian destinasi berdasarkan kehendak anda: alamat penuh, kategori, nama tempat, tempat-tempat menarik atau dikenali, malahan anda boleh menggunakan alamat kawan-kawan dari buku telefon anda
  • Carian yang telah diintegrasikan dengan Google, Bing, dan Foursquare
  • Berhibur dengan permainan dan jaringan sosial

Secara ringkas Waze adalah aplikasi navigasi yang menggabungkan elemen sosial di mana para penggunanya merupakan penyumbang terbesar yang memastikan ketepatan peta dan navigasi.

Hanya dengan sekali klik sahaja, pengguna Waze boleh menghantar laporan ringkas kepada pengguna-pengguna lain yang berhampiran seperti:

  • status trafik
  • kemalangan
  • cuaca
  • kehadiran polis trafik
  • bahaya di sepanjang jalan (lubang, kereta berhenti di bahu jalan, dan sebagainya)

Cara Mendaftar Sebagai Pengguna Waze Malaysia

Pendaftaran adalah percuma dan terbuka kepada sesiapa saja. Di bawah adalah langkah-langkah mendaftar (PENTING! Kesilapan sewaktu pendaftaran boleh menyebabkan masalah seperti peta tidak dijumpai dan sebagainya. Ini kerana Waze mempunyai 2 server; satu server untuk US dan Canada, manakala satu lagi server untuk Malaysia dan antarabangsa. Sila rujuk Banks of Servers):

Daftar (Cara Pertama)

  1. Muat turun aplikasi Waze daripada GooglePlay (untuk pengguna android) atau AppStore (untuk pengguna iPhone)
  2. Install.
  3. Buka klien Waze dan ikut arahan untuk mendaftarkan login ID dan kata laluan (pastikan ciri GPS dipasang sewaktu pendaftaran untuk memudahkan Waze mengetahui lokasi anda)
  4. Sepanjang proses mendaftar, anda akan diberi pilihan untuk mengenalpasti diri anda sebagai pengguna jaringan sosial (network) seperti Facebook. Anda boleh pilih untuk menangguhkannya di lain waktu.