Melakar dan Menyunting Peta

From waze
Jump to: navigation, search

Pengenalan Kepada Melakar dan Menyunting Peta

Pada masa ini Waze menggunakan "Waze Map Editor" (WME) sebagai editor utama. Sebelum ini WME dikenali dengan kod nama "Papyrus" sewaktu dalam peringkat pembangunannya. Sewaktu proses peralihan kepada WME, ia juga dikenali sebagai "New Cartouche'".

Editor sebelum ini dikenali sebagai "Cartouche" dan kemudian dikenali juga sebagai "Old Cartouche" atau "Cartouche_Old".

Bermula 1 Februari 2011 Old Cartouche masih lagi boleh digunakan untuk fungsi-fungsi tertentu yang belum diimplementasikan di dalam WME, tetapi penggunaannya terhad kepada tugas-tugas khas dan hanya sesuai untuk pengguna-pengguna mahir.

Jika anda ingin menggunakan Old Cartouche sila kemukakan soalan kepada Waze Support Forums terlebih dahulu.

Setiap individu yang berminat untuk menyumbang dalam menyunting peta Waze diwajibkan membaca dan meneliti dua artikel di dalam Wiki ini. Ini bertujuan memastikan setiap editor memahami dan biasa dengan semua ciri-ciri WME dan juga teknik-teknik penyuntingan yang kemas.

Selepas anda meluangkan masa menjelajah dan memperbaiki peta di sekitar kawasan pemanduan anda, anda boleh juga memohon untuk menjadi Pengurus Kawasan atau Area Manager.